Projek penanaman limau kasturi
untuk tujuan komersial giat diusahakan oleh Kasturi Emas Enterprise di kampung
Ulu-Naluyan, terletak dalam Daerah Tenom, Sabah
sejak April 2012.
Projek ini diusahakan atas tanah
milik persendirian, merangkumi keluasan tanah hampir 3 ekar dan lebih 1,600
pokok limau kasturi telah siap ditanam.
Menjelang Februari 2013, hampir
kesemua pokok limau kasturi sudah mencecah ketinggian melebihi paras 4 kaki dan
berbuah.
Penghujung bulan April 2013,
sebahagian daripada buah limau kasturi sudah matang dan boleh dituai untuk
dipasarkan.
Berdasarkan analisis yang telah
dijalankan sejak 1 tahun lalu serta pandangan dari pihak Jabatan Pertanian, sebanyak
1 hingga 2 kilogram limau kasturi matang boleh dituai dari setiap pokok limau kasturi.
Keseluruhannya, hasil tuaian boleh melebihi 1.5 tan setiap kali dituai dan
penuaian boleh dijalankan sehingga 2 kali dalam tempoh sebulan.
Melalui teknik penanaman yang
terancang ini, Kasturi Emas Enterprise melalui slogan “we deliver business” yakin akan kemampuan untuk membekalkan
buah limau kasturi secara berterusan kepada pelanggan-pelanggan ataupun pihak
yang berminat untuk bekerjasama.
Hubungi:
Verus Augustine Gomit
PENGURUS
012-2423358
E-mail: verusa75@gmail.com
Gambar menunjukkan deretan pokok
limau kasturi yang ditanam dengan terancang dan teratur. Kesemua pokok limau
kasturi ini membesar dengan serentak dan subur kerana mendapat pancaran cahaya
matahari serta bekalan air yang mencukupi.
Baja yang sesuai turut digunakan
untuk membantu proses pembesaran dan penghasilan buah limau kasturi yang
banyak.
Deretan pokok limau kasturi yang
dapat dilihat dengan lebih jelas menunjukkan persekitarannya turut dijaga
dengan baik dan bersih.
Penanaman pokok limau kasturi
yang terancang, teratur dan persekitarannya yang bersih akan memudahkan proses
penuaian buah limau kasturi yang sudah matang.
Buah limau kasturi yang sedang membesar.
Projek penanaman limau kasturi kini sudah menampakkan hasil dan buah kasturi mula mencapai tahap matang secara berperingkat-peringkat. Keadaan ini membolehkan penuaian buah limau kasturi matang dijalankan sepanjang masa dan mampu memenuhi permintaan pasaran dari masa ke semasa.
Buah limau kasturi yang sudah
matang dan sedang dituai.
Tan Sri V, wah gomuk² ni buah kasturi. Projek lumayan Durian runtuh nanti belanja misup pipin kio.
ReplyDeleteTerima kasih Love. Boleh belanja, tiada masalah. Berkonsepkan "We Deliver Business" akan membuka peluang niaga kepada peniaga yang berminat. Sumber bekalan pun tiada masalah. Jom niaga...
Deleteberapa pasaran sekilo cik
ReplyDeleteRM2 sekilo. Bergantung harga pasaran semasa.
ReplyDeleteRM2 sekilo. Bergantung harga pasaran semasa.
ReplyDeleteJarak tanaman macam mana tuan. Berapa kaki
ReplyDeleteSaya ade tanam 1000 pokok. Racun yg sesuai untuk lalang@rumput ditepinya apa yg sesuai. Dan racun perosak yg sesuai agar tak ade bintik2 kat buah tu... Bagi licin jew. Kongsi sikt ilmu boss
ReplyDeleteTuan masih mengusahakan tanaman limau ini tak sekarang?mohon bantan khidmat nasihat
ReplyDelete