Friday, 24 May 2013

Pengenalan Projek


Projek penanaman limau kasturi untuk tujuan komersial giat diusahakan oleh Kasturi Emas Enterprise di kampung Ulu-Naluyan, terletak dalam Daerah Tenom, Sabah sejak April 2012.

Projek ini diusahakan atas tanah milik persendirian, merangkumi keluasan tanah hampir 3 ekar dan lebih 1,600 pokok limau kasturi telah siap ditanam.

Menjelang Februari 2013, hampir kesemua pokok limau kasturi sudah mencecah ketinggian melebihi paras 4 kaki dan berbuah.

Penghujung bulan April 2013, sebahagian daripada buah limau kasturi sudah matang dan boleh dituai untuk dipasarkan.

Berdasarkan analisis yang telah dijalankan sejak 1 tahun lalu serta pandangan dari pihak Jabatan Pertanian, sebanyak 1 hingga 2 kilogram limau kasturi matang boleh dituai dari setiap pokok limau kasturi. Keseluruhannya, hasil tuaian boleh melebihi 1.5 tan setiap kali dituai dan penuaian boleh dijalankan sehingga 2 kali dalam tempoh sebulan.

Melalui teknik penanaman yang terancang ini, Kasturi Emas Enterprise melalui slogan “we deliver business yakin akan kemampuan untuk membekalkan buah limau kasturi secara berterusan kepada pelanggan-pelanggan ataupun pihak yang berminat untuk bekerjasama.

Hubungi:

Verus Augustine Gomit
PENGURUS
012-2423358
E-mail: verusa75@gmail.com



Gambar menunjukkan deretan pokok limau kasturi yang ditanam dengan terancang dan teratur. Kesemua pokok limau kasturi ini membesar dengan serentak dan subur kerana mendapat pancaran cahaya matahari serta bekalan air yang mencukupi.

Baja yang sesuai turut digunakan untuk membantu proses pembesaran dan penghasilan buah limau kasturi yang banyak.



Deretan pokok limau kasturi yang dapat dilihat dengan lebih jelas menunjukkan persekitarannya turut dijaga dengan baik dan bersih.

Penanaman pokok limau kasturi yang terancang, teratur dan persekitarannya yang bersih akan memudahkan proses penuaian buah limau kasturi yang sudah matang.


Buah limau kasturi yang sedang membesar.




Projek penanaman limau kasturi kini sudah menampakkan hasil dan buah kasturi mula mencapai tahap matang secara berperingkat-peringkat. Keadaan ini membolehkan penuaian buah limau kasturi matang dijalankan sepanjang masa dan mampu memenuhi permintaan pasaran dari masa ke semasa.


Buah limau kasturi yang sudah matang dan sedang dituai.